Sejarah Carta pai

Carta pai terawal yang diketahui umumnya dipercayai terdapat pada Statistical Breviary karya William Playfair tahun 1801, di mana dua carta seperti itu digunakan.[2][3][10] Playfair menyajikan sebuah ilustrasi, yang berisi serangkai carta pai. Salah satu carta-carta ini menggambarkan luas Empayar Uthmaniyah yang terletak di Asia, Eropah, dan Afrika sebelum 1789. Penemuan ini tidak banyak digunakan pada awalnya.[2]

Jurutera Perancis Charles Joseph Minard merupakan salah satu yang ahli pertama menggunakan carta pai pada 1858, khususnya dalam peta. Peta Minard pada 1858 menggunakan carta pai untuk menggambarkan jumlah ternakan yang dikirim dari seluruh Perancis bagi mengisi keperluan di Paris (1858).

Playfair berpendapat bahawa carta pai memerlukan suatu dimensi ketiga untuk menambahkan makulmat tambahan.[11] Dikatakan bahwa Florence Nightingale menemukannya, meski sebenarnya beliau hanya memasyhurkannya dan kemudian dianggap sebagai pencipta pai sebegitu oleh kerana ketidakjelasan karya Playfair.[12]

Corak awal carta pai pada abad ke-19
  • Carta lingkaran dalam "Statistical Breviary" karya William Playfair, 1801
  • Salah satu dari carta-carta pai, 1801
  • Peta Minard, 1858
  • Carta kutub oleh Florence Nightingale, 1858